MAJLIS JURUANALISIS MAKANAN MALAYSIA

Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Juruanalisis Makanan 2011.

Majlis dianggotai oleh 11 orang anggota dan mempunyai seorang Setiausaha Majlis di kalangan Pegawai Kementerian Kesihatan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan kelulusan Menteri.

Keanggotaan dan fungsi Majlis adalah seperti maklumat berikut :

Keanggotaan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia

  1. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi;
  2. Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi;
  3. 2 orang juruanalisis makanan berdaftar daripada sektor swasta yang dilantik oleh Menteri, yang salah seorang daripada mereka adalah seorang anggota Institut Teknologi Makanan Malaysia;
  4. 2 orang juruanalisis makanan berdaftar yang disyorkan oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia daripada kalangan anggotanya dan dilantik oleh Menteri;
  5. 2 orang ahli sains makanan yang digaji oleh institusi pendidikan tinggi yang menawarkan ijazah dalam sains makanan atau teknologi makanan atau sains dan teknologi makanan, yang dilantik oleh Menteri; dan
  6. 3 orang wakil daripada suatu agensi kerajaan yang berkaitan dengan makanan yang dilantik oleh Menteri.

Fungsi Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia

  1. Melaksanakan kewajipan dan fungsi dan menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta ini;
  2. Menentukan dan mengawalselia kelakuan dan etika profesional juruanalisis makanan dan untuk mengeluarkan kod etika bagi juruanalisis makanan;
  3. Menentukan skala fi yang akan dikenakan oleh juruanalisis makanan berdaftar bagi perkhidmatan yang diberikan;
  4. Mendengar dan menentukan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional juruanalisis makanan berdaftar dan untuk menubuhkan jawatankuasa atau melantik penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian itu;
  5. Menjalankan peperiksaan dengan kerjasama Institut Teknologi Makanan Malaysia bagi penerimaan masuk ke dalam profesion juruanalisis makanan;
  6. Mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi juruanalisis makanan berdaftar untuk meningkatkan pengetahuan dalam perkembangan terkini berhubung dengan amalan analisis makanan;
  7. Mengeluarkan garis panduan bagi menentukan tatacara dan kaedah ujian analisis makanan; dan
  8. Melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Menu Utama
Hakcipta Terpelihara Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan | Kementerian Kesihatan Malaysia.
Paparan terbaik menggunakan minima Chrome v32 & Firefox v27 dengan resolusi 1280 x 768 pix